Mesej:
'woi, perempuan..ko xpyh terhegeh2 lg dgn die..
die dh ade aku dan die dh bahagia pown ngan aku..
kau jgn ganggu die lg..'
Iraf tersentak dan terduduk di atas bangku rumahnya. 'ya allah, ape lagi dugaan yang kau beri pada hambamu ini..aku tak cukup tabah dengan dugaanmu itu.' Iraf berckp sendirian. dia tahu yang dia sudah tertipu, dia masih boleh jika Haziq tidak mencarinya selama berbulan-bulan tp dengan pesanan ringkas yang dtg dari seorang perempuan yang dia sendiri tak kenal, membuatkan dia sendiri tersentap hati.
Petang itu, dia bersendirian di tepi pantai dan melihat ombak memukul pantai dan angin begitu kuat,,sederas airmatanya yang mengalir di pipi.. Iraf masih terkenangkan saat2 manis bersama2nya. Haziq terlalu banyak berjanji dgnnya. Iraf sudah mengimpikan kebahagiaan dgn Haziq.
" Iraf, abg akan selalu bersama dgn Iraf yer...Siti Irafi binti Mahmod akan menjadi permaisuri dalam istana abg..hanya Iraf seorang,," Iraf masih teringat akan kata2 Haziq. Tapi xsangka yang Haziq dah menduakan dia. Iraf menangis semahu2nya, dia tak peduli akan orang di sekelilingnya. dia luahkan segalanya pada petang itu juga.
Hospital Tunku Jaafar:
'Cik Siti Irafi, saya lihat ada pendarahan yang berlaku, itu yang membuatkan awak kerap pengsan dan kadangkala awak demam yang terlalu kuat. Awak kena melalui pembedahan untuk elakkan ianya berlarutan'
Tersentap Iraf mendengarnya, tak menyangka dugaan dtg lagi bertimpa-timpa. Dia hanya ingat MATI MATI MATI..
sempatkah dia untuk membahagiakan orang di sekelilingya? sempatkah dia untuk melihat hari esok dan seterusnya? Iraf masih tertanya2 dan terus mencongak hari yang perlu dilaluinya lagi.
'Abg, dimana abg? Bahagiakah abg? Iraf disini sihat sahaja, Iraf harap abg disana sihat dan bahagia kehendaknya..' luahan hatinya hanya sekadar di dalam hati dan tidak dpt diluahkan..
"Mak, kalau Iraf pergi dulu, mak letakkan Iraf sebelah ayah yer, Iraf nk teman dia lah.." borak Iraf.
"Iraf, rehat yer..jgn terlalu banyak bercakap. Esok mak kejutkan Iraf, kita pergi jalan2 ye, biar Iraf hirup udara segar." berlinang air mata Puan Zuraidah melihat keadaan anaknya. Walaumacamana pun, Puan Zuraidah tidak akan berputus asa mencari penawarnya..
"Mak, Iraf takut tak sempat melihat hari esok.." jawabnya lagi.,
"Mak, Iraf harap mak tak sedih yer.." Iraf terlalu letih.. letih menghadapi dunia yang terlalu menyesakkan dadanya..


0 comments:
Post a Comment